Wednesday, December 23, 2009

samapi bila???

tahun baru semakin hampir... orang lain sedang bergembira dengan pasangan masing2... tapi aku pula adalah yang sebaliknya... kini aku makin merasa adakah aku seorang yang amat penting pada dirinya??? apa yang berlaku kini tidak aku ketahui... dia hanya mengambil keputusan tanpa berbincang... tidak layak kah aku untuk mengetahui apa yang berlaku??? tidak layak kah aku untuk memberi pendapat??? aku akui kebanyakkan masa aku berkelakuan seperti kanak2... mungkin silap aku sendiri juga... kerna berkelakuan seperti itu dia bertindak sedemikian... kini aku masih memujuk hati sendiri... masih lagi mengatakan bahawa dia tidak sengaja berkelakuan seperti itu...
sebenarnya aku tidak tahu berapa lama lagi mampu aku pujuk hati ini... mampukah hubungan ini bertahan sehingga keakhirnya??? kini hanya yang mampu aku lakukan hanyalah berserah... aku sudah bosan untuk di perlakukan begini... sampai bila hal ini akan berlarutan??? sampai bila aku akan berasa seperti seorang yang tidak penting??? sampai bila???

Monday, November 23, 2009

kawan baik...

sebentar tadi baru aku tertanya-tanya... apakah itu kawan baik??? atau dalam english di panggil best friends... dulu, pada aku kawan baik adalah seseorang yang kita boleh kongsi segalanya... tidak kira cerita sedih, gembira, di pendek kan kata segala-galanya... adakah aku seorang kawan yang baik??? adakah aku mempunyai kawan baik??? semua persoaln itu masih berlegar-legar di fikiran aku...
semua kawan-kawan aku mengatakan bahawa mereka adalah kawan baik aku... kawan yang aku boleh kongsi segala-galanya... kawan yang aku boleh jadi siapa aku yang sebenarnya tanpa perlu berpura-pura... tapi aku masih rasa kurang selesa bila bersama mereka... aku masih lagi berpura-pura menjadi orang lain bila berhadapan dengan mereka... bila mereka bertanyakan apa sahaja tentang aku... aku masih lagi belum bersedia untuk menceritakan tentang kisah yang sedih... aku masih lagi tidak mampu untuk membuka mulut tentang setiap kisah yang berlaku dalam hidup aku...
adakah aku berlaku kejam pada mereka yang ingin rapat pada aku??? sehingga kan lelaki yang aku panggil nye sebagai kekasih juga tidak mampu aku anggap sebagai kawan rapat... yang pasti masih belum ada sesiap lagi yang sudah aku anggap sebagai kawan rapat... adakah aku akan bertemu dengan seseorang yang aku akan anggap sebagai kawan rapat... itu semua hanya Allah yang tahu... tetapi dalam masa aku mencari seseorang yang boleh ku panggil kawan baik @ kawan rapat... aku bersyukur terhadap kawan-kawan yang aku ada... kerana mereka semua sangat-sangat baik terhadap aku...

Saturday, November 21, 2009

sampai hati...


blOg ini sudah menjadi diari bagi aku... di sinilah aku meluahkan apa yang terbuku dihati ini... apa sahaja yang aku rasa, yang x dapat aku luahkan pada orang lain akan aku luahkan di sini... kali ini aku hendak ceritakan apa yang berlaku semalam di rumah...



emak mengajak alang pulang ke kampung... kerna atok sering bertanyakan cucu lelakinye itu... lagipun alanh sudah lama x pulang... kali terakhir dia pulang pun ketika kenduri sebelum atuk berangkat ke mekah... emak seperti yang aku ceritakan dahulu adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang... jadi die mengajak alang dengan penuh kelembutan... kalau aku yang diajak, tentu sekali aku tunaikan... tapi malang nye tiada siapa yang merindui aku... emmmm... ajakan emak itu di ikuti dengan tuduhan yang melampau... sampai hati alang berkata bergitu... dia katakan dia x hendak pulang ke kampung kerna rumah atuk itu panas... begitu angkuhnya manusia ini...



aku tahu maksud alang itu... maksudnya dirumah atuk itu ada hantu... kenapa dia berkata begitu??? bagi aku dia x layak untuk bercakap begitu pada mak... dia x layak berkata begitu tentang atuk... kerna dia bukan nye ada kuasa istimewa yang di anugerahkan oleh Allah swt... sembahyang 5 waktu pun tidak mampu dia lakukan... inikan pula hendak berlagak alim dan warak di depan aku... boleh jalan... aku sedar emak berkecil hati pada dia... aku sedar hati emak terguris lagi tentang sikap anak-anak... tapi dia pendamkan sahaja apa yang dirasakan... tidak ingin alang dilebelkan sebagai anak yang derhaka... betapa besarnye pengorbanan sorang ibu... bertapa mulianye hati seorang ibu... kerna itulah Nabi sendiri meletakkan kedudukan ibu sebagai yang kedua yang disayanginya...



pada emak ingin sekali ku sujud kaki nya memohon keampunan padanya bagi pihak adik beradik ku yang lain... ingin sekali lagi aku mohonkan kemaafan kepada nya atas perlakuan kami anak-anaknya... pada alang pula ingin sekali aku katakan bukalah mata itu... pelajarilah menjaga hati orang lain... jangan terlalu angkuh terhadap diri sendiri... jangan terlalu angkuh untuk mengaku diri itu alim dan warak, sedangkan pada hakikatnya tidak... pada sesiapa yang membaca dan bergelar seorang anak... bukalah mata mu... mohonlah kemaafan selagi kite mampu... jangan sampai ibu pergi meningalkan kita baru hendak menyesal... jadi renungkan lah...

Thursday, November 19, 2009

ape yg aku rasa???

kini tamat lah sudah semester 2... aku akan bercuti selama sebulan... pada masa itu aku akan berehat dengan sepuas-puasnye... sebelum aku memulakan semester yang seterusnya...
adakah ini yang aku ingin kan selama ini??? berehat tanpa berbuat apa-apa...

tapi apa yang pasti aku amat merindukan orang-orang yang amat aku sayang... apa yang erlu aku lakukan untuk mengisi masa lapang aku??? malam yang penuh kedinginan ini... ingin sekali aku mengamit memori yang berlaku di semester 2... sepanjang semester 2 banyak yang aku telah pelajari... baru kini aku ketahui bahawa belajar di universiti amat payah... lecture sering berkata, di universiti adalah berlainan... ini bukan masa nye lagi untuk bersaing diantara satu sama yang lain... tapi ini adalah masa untuk setiap pelajar berkerjasama untuk berjaya... tapi adakah itu semua benar belaka??? apa yang aku perhatikan... setiap orang bersaing untuk memajukan diri... ada yang sanggup untuk menjatuhkan kawan sendiri dan menjadi talam dua muka...

mungkin aku berkelakuan seperti keanak-anakan... tetapi aku sudah cukup dewasa untuk mengetahui yang mana satu buruk dan yang mana satu jahat... aku juga sudah cukup dewasa untuk mengetahui orang suka atau tidak pada kita... mak dan ayah selalu berpesan bahawa berbuat baik pada semua orang... kerna mungkin satu hari nanti mereka yang akan membantu kite... layan lah mereka dengan baik, walaupun mereka sering menjatuhkan kita... aku sering sahaja ingin pesan dan amanat mak dan ayah itu...tapi setiap orang perlu ingat bahawa aku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan... aku juga manusia biasa yang sering termakan dengan hasutan syaitan...

aku pernah mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada orang-orang yang membenci dengan kewujudan aku... tapi kenapa mereka sering mencari aku??? tidak cukup akh lagi apa yang mereka lakukan kepada aku??? tidak puas kah mereka lagi untuk mengejek dan menghina aku??? aku sedar dan aku sering ingat bahawa aku hanyalah gadis kampung... tidak seperti mereka semua yang datangnya daripada golongan yang berduit... aku juga sedar aku tidak sebebas mereka... aku juga tidak selawa mereka yang berpakaian lawa dan bersolek cantik... aku hanyalah aku...

aku berharap dengan setulusnya bahawa nasib aku di semester 3 akan bertambah dengan lebih baik lagi... aku akn cuba untuk belajar dengan sebaiknya... semata-mata untuk mengubah nasib keluarga aku... akan ku balas setiap jasa emak, ayah,along, anagah dan alang yang banyak bekerja keras untuk menghatar aku belajar di universiti... insyAllah...

Monday, September 28, 2009

genap 21 thn....

pada 24 september yg lepas... genap lah umo aku 21 thn... kate org 21 thn nie adlh kunci kebebasan bg stp org... tp tidak bg aku... kerna aku masih di kawal rapi oleh org tue ku... sebenarnye bukan itu yg aku nak ceritakan... apa yg ingin ku luah kan adlah tahun ini adalah tahun yg paling mengembirakan bg aku... dalam erti kate lain aku menyambut hari lahir ku berlainan sedikit drpd tahun yg sebelum2nye... pada org lain mungkin menyambut hari lahir secra besar2an adlah yg terbaik, tetapi tidak aku...
apa yang membuatkan hari lahir thn ini adalh yg terbaik kerna aku dapt menyambut nye bersama org2 yg aku sygi... bg org lain apalah sngt kan... lain bg diri ini... menyambut hari lahir bersama keluarga dan abg 'z' adalh amat penting bg aku... yelah pada 24 septmbr 2009, aku menyambut hari lahir dgn abg 'z'... pada hari itu die begitu romantik skali... buat pertama kali nye aku dpt merasakn die memeluk erat tubuh ku... begitu hangat nye stp pelukan yg diberinye... walaupn sebentr tetapi itu sdh ckp bg aku... tidak akn aku lupakan stp pelukan yg diberinye...
selain drpd itu, aku dapt merasakan curahan kasih syg drpdnye... yelah slama aku knl die, die jenis yg selamba jew... lngsng x mnnjuk kan sifat romantik nye... bak kate kwn2 aku jenis yg kayu... tp pd hari itu die begitu berbeza skali...hehehe... pada hari itu masih aku ingat lagi yg aku dilayan seperti seorg tuan puteri... apa yg aku ingin kan dgn sepenuh daya akn die tunaikan... aku terasa begitu terharu skali...
selain drpd menyambut nye dgn abg 'z', aku ada juga menyambut nye bersama dgn keluarga aku... pada hari itulah aku dan seluruh ahli keluarga ku dpat makn bersama semula... kami semua makn dgn pnh gembira skali smbil menyingkap kenangan lama ketika dl... suasana yg dh lame tidak aku rasa kan elepas semua adk beradk ku membawa haluan masg2 mencari rezeki...
walaupn sambutran nye x semewah org lain, tetapi ia begitu bermakna bg diri aku...

Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya!!!

hari raya semakin hampir... hampir sebulan umat islam berpuasa... aku kini masih berada di melaka... sedang sendiri melayan perasan... aku masih ingat lagi... ketika aku kecik2 sekarang ini mak & ayah sedang sibuk menyiapkan kelengkapan baju raya... mak akn menjahit baju kurung untuk aku... seingat kau belum pernah lagi aku membeli baju kurung yang sudah siap untuk di pakai di hari raya... ketika itu mak terpaksa menyorokkan baju raya aku kerna aku akan sering memakainya tidak kira masa... bertapa gembiranya pada masa itu... andai boleh aku putarkan masa ingin aku kembali ke masa itu... bergembira sentiasa tanpa perlu memikirkan segala masalah yang melanda...
kadang2 bila aku berjalan di pasaraya @ dimana2 sahaja... pasti aku akan melihat kuih raya... bertapa banyak nye jenis kuih raya yang sedap2 & menarik yang mampu kita makan serta perolehi di Malaysia ini... kalau dulu aku yang selalu menolong emak di dapur menyediakan kuih raya... kadang2 sampai terasa sakit jari aku ketika membuat kuih semperit... tapi kini aku dah tidak boleh lagi membantu... kerna aku kini jauh diperantauan... jarang sekali aku pulang... kerna terlalu sibuk menuntut ilmu... kadang2 aku menangis sendiri kerna tidak dapat lagi merasakan kegembiraan bersama emak membuat kuih raya...
ketika ini baru aku terfikir sejenak... apa yang emak & ayah sedang lakukan ketika ini... mungkin mereka sedang sibuk menyiapkan persiapan hari raya... akan mereka kerahkan tenaga yang tidak sekuat dahulu... hanya kerna mahu menyediakan suasana hari raya yang sempurna untuk anak2 tercinta... arghhhh... tidak mapu lagi aku bertahan ketika memikirkan segala pergorbanan yang emak & ayah lakukan... semakin lama semakin deras air mata ku mengalir... andai aku dikurnaikan 1 kuasa, ingin sahaja aku terbang kembali kepangkuan mereka... ingin aku memohon maaf dan bersujud kepada mereka diatas dosa2 yang telah kau lakukan... ingin aku cium kedua tangan mereka, memohon belas kasihan mereka memaafkan aku...

"mak, ayah tunggu kepulangan adik ye... akan adik sampai sebentar lagi..."

Saturday, August 29, 2009

puasa dtg lagi!!!

kini dah masuk bulan ramadhan.. semua umat islam berpuasa.. seperti biase ramadhan akan di sambut dengan meriah di Malaysia.. berbagai juadah kuih muih akn kite jmpe.. mknn yg x pnh jmpe n rasa pn akn ada di bulan yg mulia nie.. ramadhan kali ni aku sambut jauh di perantauan.. sbnr nye x la jauh sgt.. tp tetap negeri opwg kan..hehehe... juadah yg aku ada semua nye meriah.. kwn umah aku masak bubur jagung.. bnda yg aku x pernah jmpe,dengar n makan.. sedap plk.. tp aku x blh mkn bnyk2.. mklm lah nk jaga bdn.. taun depan kan angah nak kawin.. jd aku kne la nmpk menarik..hehehe..

dalam tahun nie jgk.. aku makin sibuk.. mn x nye.. dgn assgment yang berlambak-lambak, quiz,test, paper work dan mcm2 lagi.. kepala aku jg makin lame mkn sakit.. xpela.. aku snggp menerim,a segalanye hnya kerna segulung ijazah.. lau aku dapt ijazah 2 setidak2nya aku dah mmpu wat keluarga aku berbangga dengan aku..
aku dan zul pulak mcm biasa.. ada masa turun dan ada masa nye naik.. biasa lah kan dalam perhubungan tu.. lebih2 lagi msing2 amat bz dgn pelajaran.. tp yang pasti aku berpuas hati dgn jalan hidup aku kini.. aku bersyukur sgt2..