Thursday, November 19, 2009

ape yg aku rasa???

kini tamat lah sudah semester 2... aku akan bercuti selama sebulan... pada masa itu aku akan berehat dengan sepuas-puasnye... sebelum aku memulakan semester yang seterusnya...
adakah ini yang aku ingin kan selama ini??? berehat tanpa berbuat apa-apa...

tapi apa yang pasti aku amat merindukan orang-orang yang amat aku sayang... apa yang erlu aku lakukan untuk mengisi masa lapang aku??? malam yang penuh kedinginan ini... ingin sekali aku mengamit memori yang berlaku di semester 2... sepanjang semester 2 banyak yang aku telah pelajari... baru kini aku ketahui bahawa belajar di universiti amat payah... lecture sering berkata, di universiti adalah berlainan... ini bukan masa nye lagi untuk bersaing diantara satu sama yang lain... tapi ini adalah masa untuk setiap pelajar berkerjasama untuk berjaya... tapi adakah itu semua benar belaka??? apa yang aku perhatikan... setiap orang bersaing untuk memajukan diri... ada yang sanggup untuk menjatuhkan kawan sendiri dan menjadi talam dua muka...

mungkin aku berkelakuan seperti keanak-anakan... tetapi aku sudah cukup dewasa untuk mengetahui yang mana satu buruk dan yang mana satu jahat... aku juga sudah cukup dewasa untuk mengetahui orang suka atau tidak pada kita... mak dan ayah selalu berpesan bahawa berbuat baik pada semua orang... kerna mungkin satu hari nanti mereka yang akan membantu kite... layan lah mereka dengan baik, walaupun mereka sering menjatuhkan kita... aku sering sahaja ingin pesan dan amanat mak dan ayah itu...tapi setiap orang perlu ingat bahawa aku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan... aku juga manusia biasa yang sering termakan dengan hasutan syaitan...

aku pernah mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada orang-orang yang membenci dengan kewujudan aku... tapi kenapa mereka sering mencari aku??? tidak cukup akh lagi apa yang mereka lakukan kepada aku??? tidak puas kah mereka lagi untuk mengejek dan menghina aku??? aku sedar dan aku sering ingat bahawa aku hanyalah gadis kampung... tidak seperti mereka semua yang datangnya daripada golongan yang berduit... aku juga sedar aku tidak sebebas mereka... aku juga tidak selawa mereka yang berpakaian lawa dan bersolek cantik... aku hanyalah aku...

aku berharap dengan setulusnya bahawa nasib aku di semester 3 akan bertambah dengan lebih baik lagi... aku akn cuba untuk belajar dengan sebaiknya... semata-mata untuk mengubah nasib keluarga aku... akan ku balas setiap jasa emak, ayah,along, anagah dan alang yang banyak bekerja keras untuk menghatar aku belajar di universiti... insyAllah...

No comments: