Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya!!!

hari raya semakin hampir... hampir sebulan umat islam berpuasa... aku kini masih berada di melaka... sedang sendiri melayan perasan... aku masih ingat lagi... ketika aku kecik2 sekarang ini mak & ayah sedang sibuk menyiapkan kelengkapan baju raya... mak akn menjahit baju kurung untuk aku... seingat kau belum pernah lagi aku membeli baju kurung yang sudah siap untuk di pakai di hari raya... ketika itu mak terpaksa menyorokkan baju raya aku kerna aku akan sering memakainya tidak kira masa... bertapa gembiranya pada masa itu... andai boleh aku putarkan masa ingin aku kembali ke masa itu... bergembira sentiasa tanpa perlu memikirkan segala masalah yang melanda...
kadang2 bila aku berjalan di pasaraya @ dimana2 sahaja... pasti aku akan melihat kuih raya... bertapa banyak nye jenis kuih raya yang sedap2 & menarik yang mampu kita makan serta perolehi di Malaysia ini... kalau dulu aku yang selalu menolong emak di dapur menyediakan kuih raya... kadang2 sampai terasa sakit jari aku ketika membuat kuih semperit... tapi kini aku dah tidak boleh lagi membantu... kerna aku kini jauh diperantauan... jarang sekali aku pulang... kerna terlalu sibuk menuntut ilmu... kadang2 aku menangis sendiri kerna tidak dapat lagi merasakan kegembiraan bersama emak membuat kuih raya...
ketika ini baru aku terfikir sejenak... apa yang emak & ayah sedang lakukan ketika ini... mungkin mereka sedang sibuk menyiapkan persiapan hari raya... akan mereka kerahkan tenaga yang tidak sekuat dahulu... hanya kerna mahu menyediakan suasana hari raya yang sempurna untuk anak2 tercinta... arghhhh... tidak mapu lagi aku bertahan ketika memikirkan segala pergorbanan yang emak & ayah lakukan... semakin lama semakin deras air mata ku mengalir... andai aku dikurnaikan 1 kuasa, ingin sahaja aku terbang kembali kepangkuan mereka... ingin aku memohon maaf dan bersujud kepada mereka diatas dosa2 yang telah kau lakukan... ingin aku cium kedua tangan mereka, memohon belas kasihan mereka memaafkan aku...

"mak, ayah tunggu kepulangan adik ye... akan adik sampai sebentar lagi..."

No comments: