Monday, November 23, 2009

kawan baik...

sebentar tadi baru aku tertanya-tanya... apakah itu kawan baik??? atau dalam english di panggil best friends... dulu, pada aku kawan baik adalah seseorang yang kita boleh kongsi segalanya... tidak kira cerita sedih, gembira, di pendek kan kata segala-galanya... adakah aku seorang kawan yang baik??? adakah aku mempunyai kawan baik??? semua persoaln itu masih berlegar-legar di fikiran aku...
semua kawan-kawan aku mengatakan bahawa mereka adalah kawan baik aku... kawan yang aku boleh kongsi segala-galanya... kawan yang aku boleh jadi siapa aku yang sebenarnya tanpa perlu berpura-pura... tapi aku masih rasa kurang selesa bila bersama mereka... aku masih lagi berpura-pura menjadi orang lain bila berhadapan dengan mereka... bila mereka bertanyakan apa sahaja tentang aku... aku masih lagi belum bersedia untuk menceritakan tentang kisah yang sedih... aku masih lagi tidak mampu untuk membuka mulut tentang setiap kisah yang berlaku dalam hidup aku...
adakah aku berlaku kejam pada mereka yang ingin rapat pada aku??? sehingga kan lelaki yang aku panggil nye sebagai kekasih juga tidak mampu aku anggap sebagai kawan rapat... yang pasti masih belum ada sesiap lagi yang sudah aku anggap sebagai kawan rapat... adakah aku akan bertemu dengan seseorang yang aku akan anggap sebagai kawan rapat... itu semua hanya Allah yang tahu... tetapi dalam masa aku mencari seseorang yang boleh ku panggil kawan baik @ kawan rapat... aku bersyukur terhadap kawan-kawan yang aku ada... kerana mereka semua sangat-sangat baik terhadap aku...

No comments: