Monday, November 23, 2009

kawan baik...

sebentar tadi baru aku tertanya-tanya... apakah itu kawan baik??? atau dalam english di panggil best friends... dulu, pada aku kawan baik adalah seseorang yang kita boleh kongsi segalanya... tidak kira cerita sedih, gembira, di pendek kan kata segala-galanya... adakah aku seorang kawan yang baik??? adakah aku mempunyai kawan baik??? semua persoaln itu masih berlegar-legar di fikiran aku...
semua kawan-kawan aku mengatakan bahawa mereka adalah kawan baik aku... kawan yang aku boleh kongsi segala-galanya... kawan yang aku boleh jadi siapa aku yang sebenarnya tanpa perlu berpura-pura... tapi aku masih rasa kurang selesa bila bersama mereka... aku masih lagi berpura-pura menjadi orang lain bila berhadapan dengan mereka... bila mereka bertanyakan apa sahaja tentang aku... aku masih lagi belum bersedia untuk menceritakan tentang kisah yang sedih... aku masih lagi tidak mampu untuk membuka mulut tentang setiap kisah yang berlaku dalam hidup aku...
adakah aku berlaku kejam pada mereka yang ingin rapat pada aku??? sehingga kan lelaki yang aku panggil nye sebagai kekasih juga tidak mampu aku anggap sebagai kawan rapat... yang pasti masih belum ada sesiap lagi yang sudah aku anggap sebagai kawan rapat... adakah aku akan bertemu dengan seseorang yang aku akan anggap sebagai kawan rapat... itu semua hanya Allah yang tahu... tetapi dalam masa aku mencari seseorang yang boleh ku panggil kawan baik @ kawan rapat... aku bersyukur terhadap kawan-kawan yang aku ada... kerana mereka semua sangat-sangat baik terhadap aku...

Saturday, November 21, 2009

sampai hati...


blOg ini sudah menjadi diari bagi aku... di sinilah aku meluahkan apa yang terbuku dihati ini... apa sahaja yang aku rasa, yang x dapat aku luahkan pada orang lain akan aku luahkan di sini... kali ini aku hendak ceritakan apa yang berlaku semalam di rumah...



emak mengajak alang pulang ke kampung... kerna atok sering bertanyakan cucu lelakinye itu... lagipun alanh sudah lama x pulang... kali terakhir dia pulang pun ketika kenduri sebelum atuk berangkat ke mekah... emak seperti yang aku ceritakan dahulu adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang... jadi die mengajak alang dengan penuh kelembutan... kalau aku yang diajak, tentu sekali aku tunaikan... tapi malang nye tiada siapa yang merindui aku... emmmm... ajakan emak itu di ikuti dengan tuduhan yang melampau... sampai hati alang berkata bergitu... dia katakan dia x hendak pulang ke kampung kerna rumah atuk itu panas... begitu angkuhnya manusia ini...



aku tahu maksud alang itu... maksudnya dirumah atuk itu ada hantu... kenapa dia berkata begitu??? bagi aku dia x layak untuk bercakap begitu pada mak... dia x layak berkata begitu tentang atuk... kerna dia bukan nye ada kuasa istimewa yang di anugerahkan oleh Allah swt... sembahyang 5 waktu pun tidak mampu dia lakukan... inikan pula hendak berlagak alim dan warak di depan aku... boleh jalan... aku sedar emak berkecil hati pada dia... aku sedar hati emak terguris lagi tentang sikap anak-anak... tapi dia pendamkan sahaja apa yang dirasakan... tidak ingin alang dilebelkan sebagai anak yang derhaka... betapa besarnye pengorbanan sorang ibu... bertapa mulianye hati seorang ibu... kerna itulah Nabi sendiri meletakkan kedudukan ibu sebagai yang kedua yang disayanginya...



pada emak ingin sekali ku sujud kaki nya memohon keampunan padanya bagi pihak adik beradik ku yang lain... ingin sekali lagi aku mohonkan kemaafan kepada nya atas perlakuan kami anak-anaknya... pada alang pula ingin sekali aku katakan bukalah mata itu... pelajarilah menjaga hati orang lain... jangan terlalu angkuh terhadap diri sendiri... jangan terlalu angkuh untuk mengaku diri itu alim dan warak, sedangkan pada hakikatnya tidak... pada sesiapa yang membaca dan bergelar seorang anak... bukalah mata mu... mohonlah kemaafan selagi kite mampu... jangan sampai ibu pergi meningalkan kita baru hendak menyesal... jadi renungkan lah...

Thursday, November 19, 2009

ape yg aku rasa???

kini tamat lah sudah semester 2... aku akan bercuti selama sebulan... pada masa itu aku akan berehat dengan sepuas-puasnye... sebelum aku memulakan semester yang seterusnya...
adakah ini yang aku ingin kan selama ini??? berehat tanpa berbuat apa-apa...

tapi apa yang pasti aku amat merindukan orang-orang yang amat aku sayang... apa yang erlu aku lakukan untuk mengisi masa lapang aku??? malam yang penuh kedinginan ini... ingin sekali aku mengamit memori yang berlaku di semester 2... sepanjang semester 2 banyak yang aku telah pelajari... baru kini aku ketahui bahawa belajar di universiti amat payah... lecture sering berkata, di universiti adalah berlainan... ini bukan masa nye lagi untuk bersaing diantara satu sama yang lain... tapi ini adalah masa untuk setiap pelajar berkerjasama untuk berjaya... tapi adakah itu semua benar belaka??? apa yang aku perhatikan... setiap orang bersaing untuk memajukan diri... ada yang sanggup untuk menjatuhkan kawan sendiri dan menjadi talam dua muka...

mungkin aku berkelakuan seperti keanak-anakan... tetapi aku sudah cukup dewasa untuk mengetahui yang mana satu buruk dan yang mana satu jahat... aku juga sudah cukup dewasa untuk mengetahui orang suka atau tidak pada kita... mak dan ayah selalu berpesan bahawa berbuat baik pada semua orang... kerna mungkin satu hari nanti mereka yang akan membantu kite... layan lah mereka dengan baik, walaupun mereka sering menjatuhkan kita... aku sering sahaja ingin pesan dan amanat mak dan ayah itu...tapi setiap orang perlu ingat bahawa aku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan... aku juga manusia biasa yang sering termakan dengan hasutan syaitan...

aku pernah mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada orang-orang yang membenci dengan kewujudan aku... tapi kenapa mereka sering mencari aku??? tidak cukup akh lagi apa yang mereka lakukan kepada aku??? tidak puas kah mereka lagi untuk mengejek dan menghina aku??? aku sedar dan aku sering ingat bahawa aku hanyalah gadis kampung... tidak seperti mereka semua yang datangnya daripada golongan yang berduit... aku juga sedar aku tidak sebebas mereka... aku juga tidak selawa mereka yang berpakaian lawa dan bersolek cantik... aku hanyalah aku...

aku berharap dengan setulusnya bahawa nasib aku di semester 3 akan bertambah dengan lebih baik lagi... aku akn cuba untuk belajar dengan sebaiknya... semata-mata untuk mengubah nasib keluarga aku... akan ku balas setiap jasa emak, ayah,along, anagah dan alang yang banyak bekerja keras untuk menghatar aku belajar di universiti... insyAllah...